Wednesday, April 22, 2009

TAG FROM KAK EMMY

dapat award dari kak emmy, puas laa nak paste gambo nih, rupanyer kena save dulu...heheh..almaklumlah..........

thanks kak emmy, dpt dah lama, tapi baru terkial-kial nak jawab heheh

aturannya:
5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda..
Jawapannya:
1. apa aaaa....kisah nih masa mula2 aku masuk UTM Skudai, tahun 1994. kononnya masuklah kelab rekreasi. so, kami berkhemah 3 hari 2 malam, tak ingat dah kat mana. aku n group kena cari ada benda n diberi masa yg pendek tuk cari dalam kawasan khemah tuh. berlari-larilah aku mencari, dengan tak disangka, aku tersadung akar.......fuhhhh, terebang aku diangkasa n bedebub jatuh daaa.....betul2 depan group senior lelaki......adussshhh. siap diaorang cakap, rileks la dik, tak yah nak jadi superman....hampehhh toll lah.
2. dah lah 2 mlm stay kat kawasan tu, 2 jam je tido semalam. ada ke pukul 3-5 pagi ada ceramah. tak dikasi nya tido. bila aku balik hostel, aku masuk bilik aku n aku kunci pintu bilik. aku plan nak tido kejap coz dah 2 mlm x tido. sekali aku terpengsan tido daaa...member aku nak masuk bilik x dpt masuk. member sebilik aku, chong terkocoh2 beritau member aku yg lain kata aku dah pengsan. tak bergerak2. diaorang jerit2 kat luar tingkap sambil jolok2 ngan penyapu kejutkan aku...hahah...betul2 aku pengsan tertido...klakar tol kalu aku ingat balik.
3. kes seterusnya..hahhahah...bagi aku ketawa dulu lah ya......ada 2 orang senior minat kat aku, tapi awatlah tak senegheh perangainya. sorang tu nak ngorat aku, tak habih2 nak menyakitkan hati aku, dok perli2 aku sambil tengok2 aku. nak ngorat, tapi bagi hati aku sakit, sorilah, boleh blah..hehhe. sorang lagi oklah, but rendah lagi dr aku and nama plak sama ngan nama ayah aku.....so cancel lah, rajin bagi aku nota dan buku. lagipun macam apa jerr...suka nau bukak2 butang baju, tayang dada tu..eeuuuwwwww. so, alkisahnya, sekiranya terserempak kat fakulti, aku rela redah jalan yg lebih jauh tuk mengelakkan dari terserempak dgn mereka2 itieww...liya, ko mesti ingat kan? hahahha...
4. kes aku jatuh motor..heheh...almaklumlah, budak eng, selebet habis...manalah laku kan, tak macam student cikgu cikgi, pakai high heel lagi. so, seperti biasa, aku kalo nak kuar, pakai seluar track atau jeans. nak pegi skudai, nak photostat n pg pasar mlm. on d way bwk motor, aku kena tolak dgn angin lintang, pakai seluar track, abih aku jatuh atas divider jalan. seluar aku jd roti kirai, siku n lutut aku luka dlm gak lah. dlm sakit2 tuh, aku bwk gak lah moto pg klinik UTM. on d way balik, lalu dpn bdk2 lelaki ni, siap diaorang phewitt kan aku, coz seksi la, suar aku koyak rabak...hampehh tol. kat klinik, nurse tuh siap perli aku lagi, kata aku lumba haram...hampeh toll.
5. last kes, aku ingat lagi masa geng2 aku kena transfer 2nd year kat UTM KL. dok kat rumah setinggan, dok belakang rumah orang, nak dekat ngan UTM, leh jalan kaki. masa tu, ada bas mini. dengan konfident naiklah kami berlapan dr depan UTM, nak balik rumah. siap bayar suma, sekali dia berhenti kat perhentian last. eh, kitaorang nak pegi jln datuk keramat. nilah dik, sampai sini jer...hampeh tol, kenalah jugak jalan kaki. patutlah takde sapa yg naik melainkan kitaorang nih, heheh....
tu jer laa. sekian.

resepi roti jala

aku wat main agak-agak jer lah yer, selalu aku wat lam 1/2 kg, adunan agak pekat sikit, baru cantik tuk dijala, x lembik. resepi aku guna hanya tepung gandum, air, 1 biji telur, garam, gula n serbuk kunyit sikit...agak2 ler. aku tak bubuh susu/santan, coz roti jala tak tahan lama, cepat basi. suma masuk lam blender. mskkan sikit2 tepung n blend. tu ajer.

Tip: adunan tepung tu elok dimasukkan 2 sudu besar minyak masak untuk mendapatkan roti jala yg cantik, senang nak kluar dari acuan.

bawah ni aku letak yang proper resepi.

ROTI RENJIS

Sumber: Juriah Abdullah

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum, diayak850 ml air
350 ml susu cair
1/2 sudu teh warna kuning lemon(bahan diatas ini dibancuh)
2 biji telur kecil
1 sudu teh rata garam halus
sedikit minyak
kuali leper (non-stick kuali lg bagus) dan acuan roti kirai

Cara membuat Roti Renjis
Telur, garam dan tepung dipukul sehingga rata sambil tuang sedikit-sedikit cecair kuning.
Pukul hingga rata dan lembut. Jika berbiji, tapis.
Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak dan kiraikan adunan.
Setelah masak angkat dan lipat segi tiga.
Enak dihidangkan dengan bamia dan salad.

minum petang sabtu


nih makcik ni dah tak sabar tunggu pisang goreng sejuk....dok tunggu depan pinggan lagik..heheh

minum petang ahad


hari ahad masak gulai kari daging, alang-alang dah buat kari, terus lah petang tuh wat roti jala, my hubby favorite. buat dalam 1/2 kg tepung, puaslah makan. kalu beli, kuah kari cair jer.

Tuesday, April 14, 2009

special dedication posting

to my new blog reader, my hubby old friends....especially KOYA which was accidentally found my blog, thank you so much for your attention and caring to sharing my blog with all your friends. glamour youuuuuuuu...................; )

Monday, April 13, 2009

SOILS Conference at Primula, KT

Attending SOILS conference as co-outhor of Dr. SO (oral paper) yesterday. sempat jumpa my best friend, liya yang susah payah jemput kat airport and belanja makan lagi. thanks liya.

share room with kak emmy, ambik jns deluxe, tapi hampehh...keciknya bilik, bukan sea view pun n takde balcony pun, nasib semalam jer.

gambar pool, kalo bwk budak2, ni tempat wajib pergi...maklumlah, anak itik heheh






lauk wekend

pajeri terung my hubby all time favourite

gulai masak lemak cili api ayam..pedasss

goreng ayam utk budak n bapa budak hehehe

untuk minum petang, buat apam gula merah




Hubby admitted KPJ


last 2 week my hubby admitted to KPJ untuk check-up terperinci usus. so, the results mmg ada ulser dalam perut and gastrik. so, lepas ni jgn lupa makan on time...keje tu keje gak, jangan sampai lupa makan....nanti siapa jugak yg susah....bini abang jugak.

Nuha is 2 year (12/04/09)

My birthday girl.....Umairah Nur Nuha binti Jaiya

u are in candid camera....smile!

kek yang telah dicincang oleh nuha....huhuhu...
Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan Umairah Nur Nuha....Allah selamatkan kamuuuu...... mama doakan semoga anak dara mama menjadi anak yg solehah, murah rezeki serta panjang umur...insyaallah....I luv u cayang mama.

Wednesday, April 8, 2009

haiii anak-anak ku..

tak habis2 demam, lepas azeez kena, nuha plak. dua2 dah makan antibiotik, dah ok, ehhh..demam balik. aku yang naik tension...dengan malam tak cukup tido, takut demam makin panas. minggu ni, sehari je azeez sekolah, dgn batuknya, dgn tak lalu makan...hmmmm, risau sungguh. asyik berulang kat klinik jer...dah check darah, dua2 ok, platlet normal. nuha nampak aktif, w/pun bdn dia panas sikit, tapi azeez monyok jer. batuk kuat jugak tu. kat bukit chedang ni, pagi petang orang sembur nyamuk, ada kes denggi...ishhhh, risau sungguh aku. harap2 sihatlah anak2 aku...dah lah minggu depan aku nak outstation ke KT. dengan hubby aku yg kena transfer start minggu depan. tak tau lagi kat jabatan mana, kot dihantar ke tampin, jenuh nak berulang....adduishhhh...poning mak!!!

Thursday, April 2, 2009

balik serting...yahooo

hmm...lebih2 plak mak orang ni kan, anak2 dia relak je balik kg, mak dia yg lebih2 hehheh.....dah sebulan x balik. pagi tadi sempat beronggeng ada jualan puspanita kat kantin. sempat sambar jubah satu...heheh jangan mare, nak pakai kawin cousin nanti bulan 5 nanti.