Tuesday, November 20, 2007

Sekitar majlis hari jadi Azeez and open house 27/10








ni gambar2 sekitar majlis hari jadi azeez yg jatuh seminggu lepas raya. tapi, dilewatkan sikit, buat hari sabtu 27/11/07. alhumdulillah, ramai yg datang, saudara, jiran dan rakan2. gambar atas tu, si azeez dah tak sabar nk belah kek, bukan potong yer...nak dicincang nya kek tu. nasib baik la abah dia sempat memegang tangannya. excitednya lah...puas menepis tangannya. hadiah2 yg dia dapat pun habis suma dibukaknya, tak menyempat2. makanan tak sempat nak ambik gambar. buat mee kari, spaghetti ngan kuah bolongnese daging cincang, puding n buah. simple jer..almaklumlah masak sendiri.


Thursday, November 1, 2007

Meraikan birthday azeez 4th pd 24/10/07



saja bawak gi makan pizza hut. azeez mmg gemar sgt pizza sampai boleh makan 3 keping. mama dia pun tak larat nak makan banyak tuh. tapi, dia laju je. dah bujang anak mama. moga menjadi anak yg soleh, berjaya dunia dan akhirat...insyaallah.

Nuha nak beraya

girls in pink...hehheh ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 13/10/2007




ni gambar sekeluarga pada hari raya pertama ni. menu raya macam biasa, nasi impit, kuah lodeh, daging dendeng, rendang daging, sup tulang dan sate. masak punyalah banyak, sampai hari raya ketiga pun ada lagi. hari raya pertama n kedua asyik berjalan jer, orang takdelah dapat datang rumah, tu yang berlebih tu. alhamdulillah, duit raya anak pun bertambah..hehehe...rejeki. kalo tak cukup belanja sampai gaji bulan nih, boleh lah mama pinjam dulu ehhh???? heheheh.

Wednesday, October 31, 2007












ni gambar lauk pauk masa last week bulan posa. tak sempat upload. lagipun tgh mood raya, apapun maleh nak wat..wakakakka... la ni ada masa. yg ataih sekali tu, hadiah kuih raya dr tabung haji.



Monday, September 24, 2007

haiiii............ngantukla ;)


haii....saya dah nak titun. saya kalau siang, nak titun lam buai, baru syiookkk...mama saya lak suka saya titun sebab nanti mama saya pun dapat tido gak..hahhaha....cak!;)

Sunday, September 23, 2007

Juadah berbuka pada 23/09 (ahad)


buka petang ni saya masak dhal sayuran, ikan bawal sweet sour n kuehtiaw goreng. hari ni berbuka kat rumah abang ipar di panchor.

Juadah berbuka hari sabtu (22/09)

hari ni, masak sambal jawa n dendeng daging, husband request. lepas tu, beli rojak kuih, mee hoon sup n ikan kembung stim ngan air asam jawa. ingat mak nak datang buka kat seremban, tp tak jadi, ayah penat.

azeez, nuha dan abah











Friday, September 21, 2007

juadah berbuka pada 20/09/07

suma beli kat param S2, nasi kerabu tuk saya, abang daging masak kicap, tauhu bakar n roti john. buka hari ni lak, abang dah request soh goreng kuehtiaw, peberet abang nih.

Thursday, September 20, 2007

hadiah kurma


abang dapat bungkusan kurma dari developer. cantik bungkusannnya, rasa sayang nak buang. kurma lak dibuang biji dan diisi dengan kacang..hmmm...dapnya.

juadah berbuka pada 19/09/07 (rabu)

kali ni banyak sikit makanan, coz sempat pegi pasar ramadhan S2, lepas hantar nuha cucuk, habis cepat dalam pukul 4, so singgah la kat param. beli ayam n hati percik, laksam, rojak, roti john n ikan rebus ngan air asam. sempat masak labu air tumis air. burrpppp....alhamdulillah.

nuha dah pandai meniarap...



nuha dah 5 bulan lebih. so, dia dah pandai meniarap sejak umur 4 bulan setengah. dah pandai tegakkan leher n pandang kedepan. cakkk......

Tuesday, September 18, 2007

Juadah berbuka pada 18/08/07 (Selasa)







hari ni sempat masak, coz balik awal. ada viva presentation student under supervisor, habis pukul 4.00pm. so, balik singgah jap tesco, beli barang n ayam, daging. ingat nak beli ketam, sekali habis daaa.... so, balik masaklah rendang ayam, kacang pjg goreng telur, goreng pau instant n bekdonel tuk boboin..hehhe...sahur, panas jer lauk tuh... selera jek makan. petang esok, nak bawa nuha pegi klinik tuk cucuk...cian dia. berbuka lak, abang dapat jemputan berbuka diluar. boleh bawak family sekali. alhamdulillah, beli lauk tuk sahur jer.



weekend di serting (15-16/9)


hari jumaat half day, ada urusan di bank. lepas tu ada masa, pegi shopping baju raya anak kat the store. leceh nak bawak bebudak nih, terutamanya si azeez, dia dah pandai pilih baju mana dia suka, berejam kat situ nanti. makk aii, baju anak2 jer dah rm270...fuhhh, mahal nyer lah baju budak2 sekarang ni, mcm baju orang dewasa. lepas tu, singgah ke kedai elektrik, mmg plan nak beli periuk nasi size besar sikit, almaklumlah, kat rumah tu kalau 4 org makan cukuplah periuk tu, kalo org ramai, mmg tak muat. so, beli periuk nasi 4.0L jenama butterfly, harga rm250. ingat nak gak sambar breadmaker kenwood, harga rm450. hmmm....pikir2, nak raya kan, banyak nak pakai duit, so, tangguh dululah.
petang tu, bertolak balik ke serting. dalam pukul 6.30 pm baru kuar rumah. berbuka kat stesyen petronas senawang, coz abang nak solat maghrib sekali. so, sampai serting dekat pukul 8.45 mlm. esoknya, abang kena bertugas sempena sambutan ramadhan peringkat kebangsaan kat stadium paroi, yg nak memecahkan rekod masak bubur lambuk 200 periuk. dekat pukul 5, baru abang balik, dapatlah dua bungkus bubur lambuk, rasa dia lain2. satu sedap, satu tuh, mcm terlebih air jer. balik seremban hari ahad tu, sampai lam pukul 5.30 pm. nasib tak jem kat k.pilah n bukit putus.

Thursday, September 13, 2007

Juadah berbuka di hari pertama berpuasa (13/09)


nilah juadah berbuka hari pertama. teka, masak ke beli? haaa...betul, mestilah beli...hehheh...takde masa nak masak, balik dah sampai pukul 6, jawabnya lauk tunjuklah. husband beli kari ikan, pindang kacang, sambal tempeh n begedil (peberet husband) n sambal belacan. yang takde dlm gamba, labu n pucuk manis masak lemak. dessert kuih n bubur pulut hitam. harga suma tuh, RM20. mahal gak kan? dah terlebih budget, target lam rm15 jer. takpelah, first day kan, excited terlebih. bubur kat masjid lak, tak sempat nak ambik, dah lewat. sahur, panas jer lauk tu balik. sonang cite..hehhe.

Berkumpul sekeluarga bersama uwan last weekend (09/09)







haaa...nilah uwan saya, Inap bt Yatim. umur dia dah 84 tahun, tp still steady lagilah. cuma, sakit2 lutut tu biasalah. wan datang bersama mak n ayah, diaorang pegi jemput wan kat kg. bukit tempurung, batu kikir, ns. wan yg cakap, dah lama tak jumpa kitaorang coz tak dan nak balik kg wan, balik serting pun kejap jer. tu lah, ingat weekend ni nak balik serting..ehhh, hari ni jumaat malam, lepas keje terus balik. kira berbuka dalam keta je lah. uwan ni dok sekali dengan adik ayah, induk. wan ni kira serasi dengan my husband, kejap2 cakap kat ayah, jai lama dah tak balik, nama saya dah tak sebut dah...ye lah, ni kira cucu (menantu anak dia) yg paling ok, coz my husband tak kekok dalam keluarga, pandai bergaul n bawak diri. coz, ada my cousin nih, kawin la ngan orang berada, suami dia tak nak salam pun dgn wan, sampai anak2 dia pun tak bagi wan pegang atau usik2. ajak ke rumah dia pun tak pernah. saya sendiri pun tak penah ke rumah dia, padahal masa kecik2 dulu punyalah rapat. hmmm...tu suma bergantung pada suami /isteri jugak kan? oklah stop cite pasal diaorang tuh, menghabihkan boreh yo....hehehhe..
hari ahad lepas, suma ada. sesekali berkumpul tu, mmg best. anak saya mmg serasi dgn moyang diaorang, terutama si azeez tu. mak saya pulak sibok masak kat dapur...heehheh, dah mak datang, mintak le mak yg masak, gulai ikan salai campur rebung...perggghhh, meleleh air liur....mmg tak dapat lawan la mak punya gulai msk lomak, tu sebab ayah saya tak leh tinggal masak lomak nih, kalau boleh tiap2 hari nak. petang tu, dah balik coz rumah serting tu tak boleh tinggal, coz ayah banyak bela ayam kampung. so, takutlah ayam dia tak makan.



Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA

Assalammualaikum,

alhamdulillah, kita dah memasuki bulan ramadham al-mubarak. di kesempatan ini, saya serta keluarga saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan halalkan makan minum kami. ehhhh...macam nak raya jerr heheh....;) oklah, sempena bulan posa ni kan, tak sah kalau tak borak pasal nak masak apa, nak makan apa...almaklumlah, seharian menahan lapar dan dahaga, so...apalagi, suma makanan kat depan mata nampak sodap sangat, hatta kalau kayu tu celup coklat pun nak sedappp...hehehh...gurau2 ekkk, jgn mare, nanti potong 10% pahala. so, insyaallah, kalau ada kesempatan yg ada, blog saya ni sepnajang bulan posa nih, gambar juadah berbuka n kalo sempat, bersahur akan saya muatkan disini. so...rajin la jengok2 kat sini..heheh;)

Friday, September 7, 2007

Dinner di Danga Bay





malam isnin (02/09) pegi danga bay bersama dengan keluarga kak emmy, my best friend. rakan sekerja dari mula2 masuk keje hinggalah dah beranak pinak nih. nak balik hotel tu, sesat sampai ke perling, nak masuk highway dah. susah jugak signboard kat jb ni. tak faham sangat jalan jb ni.

Puteri pan pacific hotel, JB dari 2 hingga 4/09








last monday ada mesyuarat pegawai kanan. mesyuarat kat PERSADA, sebelah hotel jer. angkut satu famili, dah suruh hubby ambik cuti awal2, takut tak approved. bertolak hari ahad (02/09) sampai dalam pukul 5pm. lama jugak tunggu bilik siap, last2 dapat masuk pukul 6, si nuha dah penat tunggu, meragam gak lah. dapat bilik 945. masuk bilik, oklah, alhamdulillah, dapat bilik luas. si azeez dah tak sabar nak mandi kolam, last2 kepenatan terus kitaorang zzzzzzzzzzzzz..... lepas maghrib baru keluar makan. masa mesyuarat hubby yg jaga bebudak tu. oklah...cuma teramat sejuk, tak lena sangat, tapi anak2 ok, nyenyak. balik pada 04/09, sampai rumah dekat 10.30 malam. huh..penatnya, sampai kena cuti hari rabu.


bekpes merdeka




haa...ni jelah sempat buat wat hubby sebelum pegi perbarisan merdeka. nyummm...nyumm...anak2 pun sibuk nak interprem gak!