Wednesday, May 6, 2009

bercuti (ain kawin) khamis (30/4)




kenduri kawin cousin di kampung Bukit Tempurung, Batu Kikir, NS. ambik cuti 3 hari. gambar sekitar di rumah uwan.


Tuesday, May 5, 2009

hari ahad last week

anak-anak burung yg sedia menanti untuk 'ngap' apa yg dihidangkan oleh mamanya..hehehe ;)

goreng pisang dan nescafe

cekodok pisang untuk minum petang

pindang kacang with hati ayam, my hubby favourite
ikan siakap sweet sour

goreng kuehtiaw utk sarapan

makan2 last 2 weekends

tuk minum petang, wat pengat pisang

ikan goreng kunyit- lauk azeez

ayam masak kicap

tempe masak kicap

ayam sambal

peria goreng telur pedas
abang ipar sekeluarga datang rumah, so kena lah masak2 lauk untuk makan malam. masak simple2 jer.

Wednesday, April 22, 2009

TAG FROM KAK EMMY

dapat award dari kak emmy, puas laa nak paste gambo nih, rupanyer kena save dulu...heheh..almaklumlah..........

thanks kak emmy, dpt dah lama, tapi baru terkial-kial nak jawab heheh

aturannya:
5 perkara yg lawak + poyo + sengal + mengong + xbleh nk blah & sewaktunye dgnnya yg pernah berlaku dlm hidup anda..
Jawapannya:
1. apa aaaa....kisah nih masa mula2 aku masuk UTM Skudai, tahun 1994. kononnya masuklah kelab rekreasi. so, kami berkhemah 3 hari 2 malam, tak ingat dah kat mana. aku n group kena cari ada benda n diberi masa yg pendek tuk cari dalam kawasan khemah tuh. berlari-larilah aku mencari, dengan tak disangka, aku tersadung akar.......fuhhhh, terebang aku diangkasa n bedebub jatuh daaa.....betul2 depan group senior lelaki......adussshhh. siap diaorang cakap, rileks la dik, tak yah nak jadi superman....hampehhh toll lah.
2. dah lah 2 mlm stay kat kawasan tu, 2 jam je tido semalam. ada ke pukul 3-5 pagi ada ceramah. tak dikasi nya tido. bila aku balik hostel, aku masuk bilik aku n aku kunci pintu bilik. aku plan nak tido kejap coz dah 2 mlm x tido. sekali aku terpengsan tido daaa...member aku nak masuk bilik x dpt masuk. member sebilik aku, chong terkocoh2 beritau member aku yg lain kata aku dah pengsan. tak bergerak2. diaorang jerit2 kat luar tingkap sambil jolok2 ngan penyapu kejutkan aku...hahah...betul2 aku pengsan tertido...klakar tol kalu aku ingat balik.
3. kes seterusnya..hahhahah...bagi aku ketawa dulu lah ya......ada 2 orang senior minat kat aku, tapi awatlah tak senegheh perangainya. sorang tu nak ngorat aku, tak habih2 nak menyakitkan hati aku, dok perli2 aku sambil tengok2 aku. nak ngorat, tapi bagi hati aku sakit, sorilah, boleh blah..hehhe. sorang lagi oklah, but rendah lagi dr aku and nama plak sama ngan nama ayah aku.....so cancel lah, rajin bagi aku nota dan buku. lagipun macam apa jerr...suka nau bukak2 butang baju, tayang dada tu..eeuuuwwwww. so, alkisahnya, sekiranya terserempak kat fakulti, aku rela redah jalan yg lebih jauh tuk mengelakkan dari terserempak dgn mereka2 itieww...liya, ko mesti ingat kan? hahahha...
4. kes aku jatuh motor..heheh...almaklumlah, budak eng, selebet habis...manalah laku kan, tak macam student cikgu cikgi, pakai high heel lagi. so, seperti biasa, aku kalo nak kuar, pakai seluar track atau jeans. nak pegi skudai, nak photostat n pg pasar mlm. on d way bwk motor, aku kena tolak dgn angin lintang, pakai seluar track, abih aku jatuh atas divider jalan. seluar aku jd roti kirai, siku n lutut aku luka dlm gak lah. dlm sakit2 tuh, aku bwk gak lah moto pg klinik UTM. on d way balik, lalu dpn bdk2 lelaki ni, siap diaorang phewitt kan aku, coz seksi la, suar aku koyak rabak...hampehh tol. kat klinik, nurse tuh siap perli aku lagi, kata aku lumba haram...hampeh toll.
5. last kes, aku ingat lagi masa geng2 aku kena transfer 2nd year kat UTM KL. dok kat rumah setinggan, dok belakang rumah orang, nak dekat ngan UTM, leh jalan kaki. masa tu, ada bas mini. dengan konfident naiklah kami berlapan dr depan UTM, nak balik rumah. siap bayar suma, sekali dia berhenti kat perhentian last. eh, kitaorang nak pegi jln datuk keramat. nilah dik, sampai sini jer...hampeh tol, kenalah jugak jalan kaki. patutlah takde sapa yg naik melainkan kitaorang nih, heheh....
tu jer laa. sekian.

resepi roti jala

aku wat main agak-agak jer lah yer, selalu aku wat lam 1/2 kg, adunan agak pekat sikit, baru cantik tuk dijala, x lembik. resepi aku guna hanya tepung gandum, air, 1 biji telur, garam, gula n serbuk kunyit sikit...agak2 ler. aku tak bubuh susu/santan, coz roti jala tak tahan lama, cepat basi. suma masuk lam blender. mskkan sikit2 tepung n blend. tu ajer.

Tip: adunan tepung tu elok dimasukkan 2 sudu besar minyak masak untuk mendapatkan roti jala yg cantik, senang nak kluar dari acuan.

bawah ni aku letak yang proper resepi.

ROTI RENJIS

Sumber: Juriah Abdullah

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum, diayak850 ml air
350 ml susu cair
1/2 sudu teh warna kuning lemon(bahan diatas ini dibancuh)
2 biji telur kecil
1 sudu teh rata garam halus
sedikit minyak
kuali leper (non-stick kuali lg bagus) dan acuan roti kirai

Cara membuat Roti Renjis
Telur, garam dan tepung dipukul sehingga rata sambil tuang sedikit-sedikit cecair kuning.
Pukul hingga rata dan lembut. Jika berbiji, tapis.
Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak dan kiraikan adunan.
Setelah masak angkat dan lipat segi tiga.
Enak dihidangkan dengan bamia dan salad.

minum petang sabtu


nih makcik ni dah tak sabar tunggu pisang goreng sejuk....dok tunggu depan pinggan lagik..heheh

minum petang ahad


hari ahad masak gulai kari daging, alang-alang dah buat kari, terus lah petang tuh wat roti jala, my hubby favorite. buat dalam 1/2 kg tepung, puaslah makan. kalu beli, kuah kari cair jer.