Wednesday, November 11, 2009

hari keluarga JKR NS di tampin (07/11)

ni perbarisan semasa ucapan menteri
nuha pun menumpang sekaki nak mewarna
bang long tengah kusyuk mewarna

on the way gi tampin
pagi pukul 5 aku dah bangun. sedia bekalan anak2, manalah tahu, kot2 mknan pedas budak-budak ni tak makan. aku siap rebus koktel, goreng nugget n bawak nasi putih+kicap+omellet. pukul 7.30 gerak dari rumah. masa sampai mmg dah ramai orang. dapat meehoon 4 bungkus untuk breakfast. lepas tu, dalam pukul 9 dah start acara untuk budak2, tapi azeez nak masuk pertandingan mewarna je. husband lak dah sibuk, tunggu menteri JKR datang.
tinggal aku ler jaga budak2 ni. huishh...si nuha cukup suka ada tong air yg ada paip tu. habis teh o dia kejekan, tuang kat padang. geram tol aku. dah ler staff abang ramai satu khemah ngan aku, terpaksa ler kontrol suara, tapi dalam hati tuhan jer la tahu gerammm nyer tgk perangai budak2 ni. kunci keta kat abang, kalo ada kunci kat aku, mmg aku bawak budak2 ni masuk dok dalam keta. tak kuasa aku tengok perangai masing2.
dah habis ucapan menteri, aku kena tunggu husbd aku jamuan lak. dekat pukul 11 nuha dah meragam....menangis penat nak tido, baju dah basah dek teh o. bila tgk kelibat hubby kuar...ya allah leganya la. terus ajak abang masuk keta hantar ke toilet, sekali toilet kat stadium takde air daa. carilah masjid. dapatla aku mandikan nuha yang dah comot tu. lepas tu, suap makan nasi, terus tido dekat 3 jam gak lah.
betul2 kami tak bertuah hari tuh...punyalah banyak hadiah sampai ke barang2 elektrik, satu pun tak sangkut...hehe..pukul 2.30ptg baru habis acara. phewww..penat.

bertugas pada 26hb october

ni gambar cik abang kita di subuh sapiee masa bertugas hari pertabalan Tuanku Muhriz di seri menanti. baju sponsored hehe.....

Tuesday, November 10, 2009

gambar open house & birthday azeez (17/10)

azeez leka dengan hadiahnya

me with kak emmy. masa ni nuha dah tido. sian Qhaliff kena kacau ngan nuha hehe...

azeez dgn kek segera hehe...ada orang hadiahkan kek 3 kg ni, so sebab x mahu membazir, jadilah kek birthday azeez gak....jimat heheh...

uwan, ayah n ain (sepupu)

mak yang datang awal pagi

tetamu yang datang. order dari caterer nasi bariyani and lauk-pauk. saya masak spagheti, goreng nugget, koktel, buat triffle and order sate dari serting. alhamdulillah, semua jemputan datang hingga pukul 8 malam.


kek free hehe....

sahhh...


confirmed..hehe. berkat bulan ramadhan setelah sekian lama menunggu. nuha pun dah 2 1/2 tahun. asalkan baby sihat dan sempurna...alhamdulillah.

uisshhh.....ada sawang hah!

hehe...lama nyer tak update blog...ada member dah perli dekat sebulan tak hupdate heheh.....entah ler, sejak jadi mak buyung ni rasa malas nya nak wat apa2....nasib mandi x malas, kalo tak, sendri mau hingat lah ek? keje menimbun2, tapi aku leh rileks je lagi....dah last minit baru terhegeh2.....

pregnant kali ni mencabar gak, dengan bleeding tak henti2 sampai 10 weeks....kena salu MC. la nih, dah oklah....but still kena berjaga2 takleh lasak sangat. hmmm....macam2 aktiviti dalam sebulan nih, nanti masukkan gmabar next entry...aku tak reti lah nak cite kalo x ada gamba...lainlah sifu cam kak manis...lancar je bercerita hehehe...

Tuesday, October 6, 2009

alkisah pertabalan raja NS

aku ada satu berita nak beritau heheh..sssssssssssssyyyyyyyyhhhh........diam2 tau, kalo dah tau. alkisahnya, pasal pertabalan Yg Dipertuan Besar NS kan 26 oktober nih. last 2 weeks, husband ku telah dilantik sebagai penyelaras persiapan untuk pertabalan (part bahagian renovation kerja2 JKR).

al -kisahnya, semalam hubbyku buatlah lawatan untuk meninjau kemajuan istana. haaa...ko, satu istana termasuk balairong seri n dewan bankuet di renovate dgn gahnya. hubby ku cite dia masuk bilik beradu tunku, punyalah luas huhu...bilik air bersadur tembaga. tiap2 tingkat ada dry kitchen. meja hidangan muat 16 orang. aku tanya, awat tak tangkap gambo? leh letak lam blog..hehehh...huisshhh...abang aku cakap, tak payahlah. sebenonya dia lupa nak ambik...takpe, bini dia dgn rela hati menyerahkan kamera ini bila dia pergi seri menanti lagi heheh....

lagi satu...hampir 90% perabot n langsir ditukar baru coz tunku ampuan dulu sudah angkut lari perabot2 dia heheh...yg besar n berat jer dia x bawak. kerusi di balairongseri tukar RM900 seunit untuk 900 orang. jamuan makan diraja untuk 900 jemputan kosnya RM600 sekepala. catering dari hotel hilton yg tidak ada sijil halal. mufti dah ckp, hotel ni x ada sijil halal, mat hasaan kata x apa. ambik jugak.

lagi satu....korang kalo nak tau, kerajaan negeri dah order 1 perdana, 1 mercedes S class and 1 ROLLS ROYCE berharga suma hampir 3 juta. keta lama tunku dulu ada lagi, masih baik boleh guna.

koang tahu berapa total kos suma2 tu? kerajaan negeri berhutang dgn pusat lebih RM20 juta semata2 utk pertabalan ini. fuhhhhhhh.......

ehh..eh...lagi satu, sultan brunei dah tempah one floor royal bintang untuk gerombolan dia. sape nak skodeng azrinaz, jomlah ikut aku kita lepak2 kat lake garden...untung2 dpt bertentang mata dgn sultan brunei skali hehehh.....

kisah raya 2009

hmm...raya tahun ni mcm2 citer. petang raya sabtu dah selesai masak nasi impit, rendang daging, daging dendeng, kuah lontong kami sekeluarga bergegas balik ke seremban coz mlm raya my husband nak ambil giliran takbir raya rumah ke rumah. sempat singgah beli lemang 3 batang untuk jamu jemaah yg datang. nasib giliran rumah aku yg kedua, so dlm pukul 8.15 mlm dah sampai. oklah tapi rushing nak buat sorang2, dgn karenah budak2 ni lagi usik sana usik sini hidangan atas meja..huisshhh.

pagi raya hubby gi sembahyang raya dgn azeez di pondok rasah. yg sadisnya, kasut and songkok raya azeez tertinggal kat serting...aduish nasib x merajuk, puas gak pujuk. dekat pukul 10.30 baru balik, aku pun rushing la siapkan si kenit nuha tu, geram tul aku. ada gelang n rantai emas, tp taknak pakai menangis2 x nak pakai. kalu pakai kan berseri...hmmm.

lepas tu, keluar rumah pukul 11, mmg rushing nak pegi kubur arwah mak n anak di makam hj. ahmad said, ampangan, hubby dapat call, acik dari petasih, jelebu nak datang beraya anak beranak. adduih, mana le aku ada buat persiapan. ingat kami yg nak singgah ke jelebu. terpaksalah cakap kami dah nak keluar rumah n x ada apa2 nak hidang coz mmg bwk sikit je dr serting untuk takbir je.

lepas tu lak, hubby dapat call lagi. dato' mufti soh datang rumah dia pagi nih. aduish...tension gak aku, kat situ je dah 2 jam, ramai orang. pukul 1 baru sampai makam. pukul 1.45 singgah masjid panchor, solat zuhur n mandikan budak2 ni yg baju dah macam bungkus belacan. baru bertolak balik ke kampung tengkek, batu kikir. sebelom tu, perut dah berbunyi, drive thru beli McD kat senawang, budak2 dah kelaparan, termasuk mak n paknye heheh... masuk jer bukit putus....habisss..jem teruk, jln slow gila. sampailah ke kuala pilah. sampai kampung dah hampir pukul 5 petang. orang pun dah takde. tinggal induk sekeluarga, uwan, mak n ayah yang dok tunggu dari kol 3 n keluarga pak tih. yg lain suma datang waktu pagi. frust tol aku x dapat jumpa cousin2 aku.

pukul 6.30 kita pun balik serting balik coz pak ngah sekeluarga dari bera, pahang nak datang.

2nd raya, ayah dah start sakit kepala. muka pun monyok jer...x dpt layan cucu2 dia. ajak gi pahang pun x nak. so, kami tinggalkan ayah pg rumah pak ngah. dapatlah jumpa keluarga acu dari kuala lipis turun ke rentam. balik, tengok ayah sakit lagi. lepas maghrib abang tanya ayah, sakit kepala bahagian mana? ayah jawab bhgn belakang tengkuk...hmmm...abang ajak ayah pg emergency, hospital jempol. confirm high blood pressure 240/190. dr siap cakap, nasib pakcik x jatuh jer, kalo jatuh boleh kena strok. nauzubillah.

so, terus kena tahan wad malam raya kedua sampailah dpat keluar petang khamis tu. sedara mara kami suma ramai datang ziarah ayah, singgah dulu rumah mak. apalagi, akulah tukang masak tuk lunch tetamu yg datang. mak aku layan tetamu jelah, lagipun tengah susah hati. huishh..mmg x dan la nak pakai cantik2, jamu nasi putih berlauk je lah. kami ingat nak balik hr rabu pun extend la sampai jumaat.

hp abang berdering2, member2 dia nak datang rumah. tanya bila nak balik. so, hari sabtu tu bersilatlah aku kat dapur lagi sekali, wat nasi tomato je. dari tengahari sampai mlm berterusan orang datang, nak pengsan aku.

sekian jer lah citer raya aku tahun ni. aku yang menaip pun penat...heheh...