Thursday, September 13, 2007

Juadah berbuka di hari pertama berpuasa (13/09)


nilah juadah berbuka hari pertama. teka, masak ke beli? haaa...betul, mestilah beli...hehheh...takde masa nak masak, balik dah sampai pukul 6, jawabnya lauk tunjuklah. husband beli kari ikan, pindang kacang, sambal tempeh n begedil (peberet husband) n sambal belacan. yang takde dlm gamba, labu n pucuk manis masak lemak. dessert kuih n bubur pulut hitam. harga suma tuh, RM20. mahal gak kan? dah terlebih budget, target lam rm15 jer. takpelah, first day kan, excited terlebih. bubur kat masjid lak, tak sempat nak ambik, dah lewat. sahur, panas jer lauk tu balik. sonang cite..hehhe.

Berkumpul sekeluarga bersama uwan last weekend (09/09)







haaa...nilah uwan saya, Inap bt Yatim. umur dia dah 84 tahun, tp still steady lagilah. cuma, sakit2 lutut tu biasalah. wan datang bersama mak n ayah, diaorang pegi jemput wan kat kg. bukit tempurung, batu kikir, ns. wan yg cakap, dah lama tak jumpa kitaorang coz tak dan nak balik kg wan, balik serting pun kejap jer. tu lah, ingat weekend ni nak balik serting..ehhh, hari ni jumaat malam, lepas keje terus balik. kira berbuka dalam keta je lah. uwan ni dok sekali dengan adik ayah, induk. wan ni kira serasi dengan my husband, kejap2 cakap kat ayah, jai lama dah tak balik, nama saya dah tak sebut dah...ye lah, ni kira cucu (menantu anak dia) yg paling ok, coz my husband tak kekok dalam keluarga, pandai bergaul n bawak diri. coz, ada my cousin nih, kawin la ngan orang berada, suami dia tak nak salam pun dgn wan, sampai anak2 dia pun tak bagi wan pegang atau usik2. ajak ke rumah dia pun tak pernah. saya sendiri pun tak penah ke rumah dia, padahal masa kecik2 dulu punyalah rapat. hmmm...tu suma bergantung pada suami /isteri jugak kan? oklah stop cite pasal diaorang tuh, menghabihkan boreh yo....hehehhe..
hari ahad lepas, suma ada. sesekali berkumpul tu, mmg best. anak saya mmg serasi dgn moyang diaorang, terutama si azeez tu. mak saya pulak sibok masak kat dapur...heehheh, dah mak datang, mintak le mak yg masak, gulai ikan salai campur rebung...perggghhh, meleleh air liur....mmg tak dapat lawan la mak punya gulai msk lomak, tu sebab ayah saya tak leh tinggal masak lomak nih, kalau boleh tiap2 hari nak. petang tu, dah balik coz rumah serting tu tak boleh tinggal, coz ayah banyak bela ayam kampung. so, takutlah ayam dia tak makan.



Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA

Assalammualaikum,

alhamdulillah, kita dah memasuki bulan ramadham al-mubarak. di kesempatan ini, saya serta keluarga saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan halalkan makan minum kami. ehhhh...macam nak raya jerr heheh....;) oklah, sempena bulan posa ni kan, tak sah kalau tak borak pasal nak masak apa, nak makan apa...almaklumlah, seharian menahan lapar dan dahaga, so...apalagi, suma makanan kat depan mata nampak sodap sangat, hatta kalau kayu tu celup coklat pun nak sedappp...hehehh...gurau2 ekkk, jgn mare, nanti potong 10% pahala. so, insyaallah, kalau ada kesempatan yg ada, blog saya ni sepnajang bulan posa nih, gambar juadah berbuka n kalo sempat, bersahur akan saya muatkan disini. so...rajin la jengok2 kat sini..heheh;)

Friday, September 7, 2007

Dinner di Danga Bay





malam isnin (02/09) pegi danga bay bersama dengan keluarga kak emmy, my best friend. rakan sekerja dari mula2 masuk keje hinggalah dah beranak pinak nih. nak balik hotel tu, sesat sampai ke perling, nak masuk highway dah. susah jugak signboard kat jb ni. tak faham sangat jalan jb ni.

Puteri pan pacific hotel, JB dari 2 hingga 4/09








last monday ada mesyuarat pegawai kanan. mesyuarat kat PERSADA, sebelah hotel jer. angkut satu famili, dah suruh hubby ambik cuti awal2, takut tak approved. bertolak hari ahad (02/09) sampai dalam pukul 5pm. lama jugak tunggu bilik siap, last2 dapat masuk pukul 6, si nuha dah penat tunggu, meragam gak lah. dapat bilik 945. masuk bilik, oklah, alhamdulillah, dapat bilik luas. si azeez dah tak sabar nak mandi kolam, last2 kepenatan terus kitaorang zzzzzzzzzzzzz..... lepas maghrib baru keluar makan. masa mesyuarat hubby yg jaga bebudak tu. oklah...cuma teramat sejuk, tak lena sangat, tapi anak2 ok, nyenyak. balik pada 04/09, sampai rumah dekat 10.30 malam. huh..penatnya, sampai kena cuti hari rabu.


bekpes merdeka




haa...ni jelah sempat buat wat hubby sebelum pegi perbarisan merdeka. nyummm...nyumm...anak2 pun sibuk nak interprem gak!

Abah dan Merdeka



hari merdeka tu ingat nak jejalan lah, bawak anak2 kan...last2 terperok kat rumah, hubby wajib hadir untuk sambutan merdeka di padang mps. haiii...melepaslah jawabnya.