Sunday, September 23, 2007

Friday, September 21, 2007

juadah berbuka pada 20/09/07

suma beli kat param S2, nasi kerabu tuk saya, abang daging masak kicap, tauhu bakar n roti john. buka hari ni lak, abang dah request soh goreng kuehtiaw, peberet abang nih.

Thursday, September 20, 2007

hadiah kurma


abang dapat bungkusan kurma dari developer. cantik bungkusannnya, rasa sayang nak buang. kurma lak dibuang biji dan diisi dengan kacang..hmmm...dapnya.

juadah berbuka pada 19/09/07 (rabu)

kali ni banyak sikit makanan, coz sempat pegi pasar ramadhan S2, lepas hantar nuha cucuk, habis cepat dalam pukul 4, so singgah la kat param. beli ayam n hati percik, laksam, rojak, roti john n ikan rebus ngan air asam. sempat masak labu air tumis air. burrpppp....alhamdulillah.

nuha dah pandai meniarap...



nuha dah 5 bulan lebih. so, dia dah pandai meniarap sejak umur 4 bulan setengah. dah pandai tegakkan leher n pandang kedepan. cakkk......

Tuesday, September 18, 2007

Juadah berbuka pada 18/08/07 (Selasa)







hari ni sempat masak, coz balik awal. ada viva presentation student under supervisor, habis pukul 4.00pm. so, balik singgah jap tesco, beli barang n ayam, daging. ingat nak beli ketam, sekali habis daaa.... so, balik masaklah rendang ayam, kacang pjg goreng telur, goreng pau instant n bekdonel tuk boboin..hehhe...sahur, panas jer lauk tuh... selera jek makan. petang esok, nak bawa nuha pegi klinik tuk cucuk...cian dia. berbuka lak, abang dapat jemputan berbuka diluar. boleh bawak family sekali. alhamdulillah, beli lauk tuk sahur jer.



weekend di serting (15-16/9)


hari jumaat half day, ada urusan di bank. lepas tu ada masa, pegi shopping baju raya anak kat the store. leceh nak bawak bebudak nih, terutamanya si azeez, dia dah pandai pilih baju mana dia suka, berejam kat situ nanti. makk aii, baju anak2 jer dah rm270...fuhhh, mahal nyer lah baju budak2 sekarang ni, mcm baju orang dewasa. lepas tu, singgah ke kedai elektrik, mmg plan nak beli periuk nasi size besar sikit, almaklumlah, kat rumah tu kalau 4 org makan cukuplah periuk tu, kalo org ramai, mmg tak muat. so, beli periuk nasi 4.0L jenama butterfly, harga rm250. ingat nak gak sambar breadmaker kenwood, harga rm450. hmmm....pikir2, nak raya kan, banyak nak pakai duit, so, tangguh dululah.
petang tu, bertolak balik ke serting. dalam pukul 6.30 pm baru kuar rumah. berbuka kat stesyen petronas senawang, coz abang nak solat maghrib sekali. so, sampai serting dekat pukul 8.45 mlm. esoknya, abang kena bertugas sempena sambutan ramadhan peringkat kebangsaan kat stadium paroi, yg nak memecahkan rekod masak bubur lambuk 200 periuk. dekat pukul 5, baru abang balik, dapatlah dua bungkus bubur lambuk, rasa dia lain2. satu sedap, satu tuh, mcm terlebih air jer. balik seremban hari ahad tu, sampai lam pukul 5.30 pm. nasib tak jem kat k.pilah n bukit putus.