Wednesday, December 2, 2009

belanja persekolahan anak-anak

hmm...bila hujung tahun aka bulan 12 nih, mula lah mak bapak pening kepala...ye lah nak sediakan duit sekolah anak-anak. aku pun tak berkecuali pening gak w/pun hakikat yg sebenarnya suamiku yang support segalanya hehehe...tumpang pening apa salahnye ye tak? jangan mare aaa...

si azeez diterima masuk tahun 1 ke sekolah sri seremban (abim, sekolah swasta) bcoz markah peperiksaan akhir keseluruhan 86%. kurang 80% tak diterima bcoz persaingan yg sengit. permohonan untuk masuk tahun 1 je 250 orang sedangkan sekolah hanya boleh terima 150 orang je (itupun telah ditambah 2 buah kelas, total 5 kelas). alhamdulillah, syukur pada Allah, hubby ku sampai wat puasa sunat bila azeez diterima masuk. syukur sangat2.

so, dah namanya sekolah swasta, sume nyer kenalah beli. buku, uniform, buku latihan, kerusi meja, comforter, yuran2, insurans, kelas al-quran etc...etc. total RM1356. dan yuran bulanan pun naik gak, masa tadika RM245/month, untuk tahun 1 RM275/month. bak kata my hubby, as a parents, kita terpaksa berkorban apa sahaja untuk mendapatkan pendidikan yg terbaik buat anak-anak, dunia dan akhirat tu yg penting. so, sekolah ni adalah the best choice, bcoz seimbang ada pendidikan formal dan agama. alhamdulillah, azeez banyak improved in all aspects. bahasa arab dia lemah sikit.

so, sebagai ibubapa, aku doakan semoga anakku berjaya mengharungi alam persekolahan yg sebenarnya tahun hadapan. next week kena lah shoping barang2 keperluan sekolah dia lak, kasut, beg dan alat tulis...hmmm duit lagi ek? tu baru sorang... aku mmg dah beringat sekarang ni cost persekolahan anak2 meningkat...sok2 ada rezeki masuk U takde lagi lah biasiswa ke ptptn ke suma mak bapak kena tanggung. kalo tak menabung sekarang, alamat sakitlah nak wat pinjaman itupun kalo ada lagi kan???? huhuhu...

Tuesday, December 1, 2009

tv di kampung rosak

addus...tensen tol tv rosak, kalo psg vcd boleh, tapi bila connect with astro, takde lak gambarnye. tensen tol time raya takleh tgk tv. budak2 ni syok la....leh tgk cd upin ipin berulang-ulang sampai aku nak termuntah nengoknya. lagipun tv nih dah 12 tahun berkhidmat, mmg eloklah dia berehat. last2, aku tak tahan sehari tak tgk tv, aku soh hubby aku yg nak balik seremban untuk wat korban, belikan tv baru untuk mak ayah aku. kat seremban harga murah sikit n banyak pilihan. takpe lah terbang ratus2, janji hati mak ayah aku senang.

so, ni lah tv baru untuk mak ayah aku, beli 29 inci. pueh hati nak tgk, lagipun anak2 aku nak tgk gak bila balik serting. pueh hati aku, takde lah orang tua tu ketuk tv sana sini nak bagi gambar keluar hehehe..

azeez's konvocation

makcik sorang ni tak senang sungguh tgk abang dia naik pentas, meronta nak naik gak....sabar ye nuha, len kali nuha gi skool ek?
dengan kawan2
azeez konvokesyen..tadika jek hehehe.....sorry la ek, gambar blur..ni ler kalo cik abang yg ambik..oppsss...sori bang, termengumpat lak....ampun ek? ni edisi lewat siaran, buat pada 17 november hari tu.

my oldddddddddddddd friend..sarinah

kami mmg sudah lama tak berjumpa. berpisah sejak tahun 1991 (selepas SRP di STDUMA, jelebu). 18 tahun terpisah membawa haluan hidup masing2...tup2, masa konvokesyen tadika azeez di sekolah sri seremban, berjumpa kembali. mmg terharu sangat,...anak2 dah besar baru dapat jumpa kembali. so, to my old friend, sarinah...rajin2 lah jengok blog haku ni ek??? hehe..

aksi cucu-cucu atuk dan uwan


ni tgh lepak tgk tv. mlm sebelum raya. kalo nampak kamera..apalagi, posing sakan ler anak bujang n anak dara aku tuh.

kuih tradisi, kuih lapis


buat ni last weekend, my hubby and kid's favorite kuih.

juadah raya haji

nasi impit segera

ni speciality mak aku, acar rempah..power oo, kalo ada kenduri kat serting, siap tempah mak aku tolong masak
kuah lodeh, ni aku wat seperiuk besar

daging dendeng, ni tiap2 raya aku kena wat, my hubby dan ayah aku penggemar setia. makan dengan nasi impit dengan kuah lodeh.

nasi tomato

ayam masak merah